Tuesday, September 8, 2015

My breastfeeding Journey


My breastfeeding Journey

Dah 10 months dd bf my baby leesya. Mencabar jugak mula-mula..
Alhamdulillah masih mampu bertahan hingga saat ini.
Banyak kena jaga, terutamanya kesihatan diri.So, kalau nak summarize, banyak pengorbanan kena buat kalau nk bf baby ni especially kalau full time working mummy.
Lately ni, blood pressure dd drop tiba-tiba..
Tapi dah minum makan semua pun tak naik banyak..
risau sangat sebab bila pump susu makin drop
stress & penat ni mmg dah sebati pun dari awal lagi..haha
yela, bak jaga anak lagi, jaga hubby,jaga rumah & kerja..
wah, macam supermummy pulak I ni..
hahahaha..
so, daripada group bf, ada suggest makan Sangobion.
Baru start semalam.. Alhamdulillah, sesuai juga dengan dd..
Tp susu br nak pick up balik, kita tunggu few days lagi ye mak-mak..
Jangan gopoh-gopoh..InsyaAllah, rezeki tu mesti ada..

dd cari kat Watsons je.
senang sikit sebab my office dekat dengan Paradigm, mudah nak mencari..
HArga dalam RM 25 je..

Ni la rupanya..

Monday, June 8, 2015

My little baby Girl


 
 


Assalamualaikum semua,

Let me introduce my baby girl, Nurmayya Qaleesya yang selamat di lahirkan di UKMSC Kuala Lumpur pada 28 Oct 2014 pada pukul 8 pagi.
Boleh panggil leesya je..

Fuhh Fuhh.. lama nya didi baru ada semangat nak update pasal ni..hehe...
ampun ye semua,..

Thursday, September 11, 2014

Rangkaian Barang Berpantang

Welcome to 33 week didi.
Fuhh..rasa sangat nervous pulak.
mudah-mudahan selamat semuanya, AMIN!

sebagai persiapan menuju ke proses berpantang, didi ada survey sikit pasal set berpantang
dari beberapa brand.
Mesti la ramai tahu pasal Tanamera & Nona Roguy,kan.
Survey punye survey, didi nekad beli barang-barang berpantang dari Tanamera.
Kenapa bukan Nona Roguy? sebab didi dah nekad nak menyusukan baby didi nanti.
So, didi tak berani nak ambil jamu bagai takut nanti baby kena jaundis pulak.
Kesian baby didi.
So, sementara ni didi pakai luaran sahaja la.
Barang-barang dari Tanamera memang banyak untuk luaran.
Didi beli dalam loose pack je, sebab ada yang didi rasa tak berapa berkenan nak pakai
beli yang perlu,jangan nak membazir duit sangat tau
duit nak bersalin & lepas bersalin banyak nak guna
Kena la berjimat cermat.

Ni antara barang yang didi beli:-




Beg kertas dari Tanamera
 
 
 
 


Ini lah semua barang-barang yang di shopping :)





Herbal Massage Oil - RM 33
Didi dah try sapu kat tangan.
Bau die best jugai.
Nama pun herbal tapi tak la panas sangat





Microwaveable Herbal Compress - RM49 
 
Bahasa pasarnya, ini la tungku moden.
tak tau la ok ke tak.nnt lepas bersalin dah guna baru boleh review ok ke tak
senang sikit beli yang macam ni, sumbat dalam microwave je.kikikiki...
 
 
 




Boreh Body Scrub - RM46

 
Body scrup ni didi dah try sikit.
Bau herba memang kuat,rasa mcm dah start berpantang pulak.hehehe...
saje je test tengok ok ke tak.
mintak-mintak didi konsisten lah pakai benda ni.
tapi memang best, kulit badan rasa smooth je lepas pakai






Herbal Bath - RM26.50 
 yang ni kene tunggu berpantang, tak boleh la nak gatal-gatal pakai
sebab belum waktunya.
mandi air panas lagi best :P
Herbal bath ni didi last minute beli, sebab rasa macam perlu jugak lah berpantang pakai
air daun bagai
 
 
Brown Formulation Soap - RM15.00



Sabun ni memang best.
bau die bau herbal, kuat pulak tu.
sungguh syiokkkk
 
 
 
OK korang, didi masih survey untuk set Shaklee set menyusu pulak.
InsyaAllah, nak beli mana yang perlu untuk boost milk
Demi Baby tercinta...hehe
 

Wednesday, August 27, 2014

Buku Pink di Klinik Kesihatan


Macam mana nak buat buku pink kat klinik kesihatan?

 

Ramai ibu-ibu mengandung di luar sana yang masih blur pasal register untuk
pertama kali di klinik kesihatan.

Untuk pengetahuan mommy-to-be yang 1st time mengandung,
anda yang memang plan nak bersalin di
hospital kerajaan atau 50-50% nak bersalin
kat gov ke private boleh la buat buku pink tu seawal 2 bulan.

Kalau tak silap didi la. Pengalaman didi sendiri,
didi dah confirmkan dulu dekat
klinik swasta & scan baby,
baru la didi pergi register kt klinik kesihatan.

First time pergi klinik kesihatn, time tu tengah morning sickness yang teruk.
Didi datangg klinik dalam pukul 10am,
terus tanyaa kat nurse nak buat buku
untuk first time. Nanti nurse mintak IC lepas tu kene tunggu dia free
untuk ambil information kite. Ambil masa jugak nurse nak tulis buku pink tu.
Kat klinik kesihatan jenjarom taka da la mintak sijil kahwin ke,
bill electric ke, tp in case apa2 jadi, bawak je la siap2..
nanti taka da la nak membazir masa pergi 2,3x klinik.
Habis cuti tu kang. Ingat ye, kalau first time nak buat buku,
kene buat kat area rumah korang. Kalau tak sure, kene call dulu.
Tapi the following check up boleh je nak tumpang mana-mana
klinik yang dekat dengan office. Sbb nak tunggu kan lama sangat,
nnt taka da la bazir masa atas jalan. Macam didi, office kat kelana jaya,
tapi rumah daerah jenjarom, didi ttp pergi klinik jenjarom sbb malas nak
pergi byk2 klinik kesihatan.
lagi pn kat jenjarom cepat sikit.

Lepas siap nurse ambil info kite, korang kena terus pergi timbang, ambil blood pressure
& ambil darah. Nanti bawak darah tu pergi lab and ambil urine test kat lab.
Kena layan diri ye,
tinggalkan buku pink dalam bekas yang tersedia--> ambil cawan kertas,
tulis number yang nurse lekat kt buku pink,
pergi toilet lepas tu hantar cawan tu balik kt lab.
Tunggu la nnt result keluar nanti.
Lepas dah siap bawak buku pink kat bilik rawatan.
Macam klinik tempat didi, bilik rawatan berbeza mengikut nama jalan.
Ada 3 bilik rawatan.
Nanti letak buku pink ikut nama jalan masing-masing ye.
Tunggu la nurse panggil.
Nnt nurse akan interview kite lepas tu kalau perlu,
dia akan refer kita kat doctor untuk rawatan selanjut nya.

 

 

Sekian

 

Monday, August 25, 2014

Pengalaman 1st check up di UKM specialist centre


 

Sebelum ni didi memang check up 2 tempat, di kelana jaya medical centre (kjmc) & klinik kesihatan
Didi pergi private hospital awal-awal sebab didi ada problem kulit tiba-tiba gatal masa early pregnancy
Mungkin sebab mak didi ada enzema, tu yang didi kena juga
Sakit gatal-gatal teramat sangat lebih kurang 2 bulan.Banyak kali la didi mc sebab tak tahan nak menggaru
So far, benda macam tu tak mengganggu kandungan didi kata DR Fatima.
Dr Fatima mmg soft spoken and caring orangnya.
Kita ni first time pregnant & ada history cyst masa before kahwin mmg la cuak sikit kan..kikiki
Alhamdulillah sampai 5 bulan didi consult dengan Dr Fatima. Lepas tu didi tukar ke UKM specialist Centre (UKMSC) sebab kat sana attach dengan PPUKM. Kalau ada emergency ke at least, facility semua lengkap. PPUKM kan semi gov hospital. Cost bersalin pun murah lah sikit dari fully private.
Sebab tak berapa nak kaya sangat, didi pefer la pergi UKMSC. Lagipun UKMSC kan pakar.hehe

Kat klinik kesihatan pulak didi mmg follow schedule dorang. Didi pergi KK Jenjarom.
Just nak dapatkan record government in case ada emergency didi pun boleh refer Hospital Sungai Buloh ke, Hospital Putrajaya ke. Bukan tamak haloba ye, tapi sebagai langkah berjaga-jaga untuk first timer jadi mummy ni.. Banyak sangat plan dalam kepala, sebab tak ada pengalaman bersalin,kn? Hehehe

 

 

Mari baca story 1st check up kt UKMSC

 

Didi call terus UKMSC General Line : 03-9172 6064 / 7326 masa bulan jun 2014 untuk first appointment. Lepas tu kaunter bagi date 22 aug 2014 untuk jumpa Dr Aqmar. Masa tu Dr Aqmar Suraya je gynae perempuan yang available. Kalau korang nak tahu, kene buat appointment dulu before jumpa gynae. Jangan main terjah pulak ye. Sekurang-kurangnya 3 kali kena jumpa Dr. iaitu usia kandungan sekurang-kurangnya 7 bulan. Kalau dah lambat memang la tak dapat ye.

Didi sampai UKMSC dalam pukul 830am,sempatlah makan dulu. Lagipun cousin didi temankan kami yang tak tahu jalan nak p level UKMSC ni. Tak familiar sgt banggunan ppukm. Padahal kat level 7 je.

Sampai je level 7, mimi cakap mana semua orang?sunyi je level 7 ni. Hahaha
Memang berbeza dengan level lain.senyap je orang-orang kt level 7 ni. Good-good…
Baru la tenang sikit perasaan nak bersalin nanti, InsyaAllah.

Dah register kat kaunter, nurse suruh buat urine test. Kena layan diri sikit la.
Ambil bekas urine yang bersih lepas tu bagi kat bilik lab
Lepastu nurse akan settle kan semua. Sambil tu dia check BP & cek berat didi
Settle je semua tu, kena tunggu kt depan bilik Dr Aqmar

Walaupun appointment didi pukul 9 tapi sebabkan didi lambat register,kena la tunggu lama sikit.
1st come 1st serve.
Dalam pukul 11am baru dapat jumpa Dr. fuhh..lama jugak rupanya.

Tapi next check up didi akan tukar Dr. sebab Dr Aqmar akan cuti lama sampai next year
So,didi mintak transfer ke Dr. Amelia sbb kalau dengan Dr. Amelia boleh jumpa petang Jumaat.
Tak perlulah didi nak cuti 1 day, cuti halfday je lepastu boleh balik rumah terus. Yey!

Didi share dengan korang bill 1st time check up dengan UKMSc
Didi request ubat Obimin Pluz sebab ada fish oil yang mana elok untuk otak baby dalam kandungan lagi
Tapi didi memang ada problem sikit makan obimin pluz ni.sebab lapas makan ubat ni mesti muntah..membuak2 angin dalam badan keluar. Dr aqmar ckp kene la tahan kalau nak ubat yg 2 in 1.
Dulu kt Kjmc didi dapat nex obimin & fish oil brand medvea. mahal sangat ubat dia sampai RM 70 ++
Pengsan makkkk...
Masa 1st time check up ni, kena bayar registration fees. Jangan pulak korang terkejut tengok bill hampir RM 300 pulak.hehe





 

 

 

Clinic Hours

Monday to Friday : 8.00 am - 5.00 pm

Saturday : 8.00 am - 1.00 pm

Senarai barang Baby


Jom tengok preparation mummy-to-be ni..hehe..

ni version didi tau..

ada je tak lengkap lagi especially macam barang2 yang besar lagi mahal..hehe

didi nak save duit dulu untuk deliver punya cost

nanti lepas baby keluar baru plan pergi beli laju-laju..

ok baby,jangan merajuk tau! hehe


Alhamdulillah

Alhamdulillah..

Ku panjatkan kesyukuran kepada-Mu Ya Allah di atas rezeki yang tak ternilai ini.

Alhamdulillah,
Didi dah masuk 3rd trimester atau lebih detailnya 30 weeks of pregnancy
Didi dan husband memang tak pernah nak plan-plan anak lepas setahun dua kahwin ke, kitorang memang selalu sangat berdoa kalau boleh nak rezeki anak tu cepat-cepat..
Didi memang suka budak-budak. Lagi-lagi dengan anak buah didi. Memang didi manjakan dia sangat-sangat.
tak ada langsung istilah budak-budak ni menyusahkan atau membebankan.
Didi percaya, kalau kita fikir pasangan baru berkahwin ni perlukan masa untuk stabil dari segi kewangan baru boleh mengandung, semua tu silap besar.
Rezeki ada di mana-mana..
lagi-lagi rezeki anak, insyaAllah, Allah pasti tolong hamba-Nya
Jangan lah terlintas dalam fikiran korang nak tolak-tolak rezeki Allah, sebab banyak cerita yang didi dengar, bila kita nak sangat anak,time tu usaha lah macam2, memang susah nak dapat.
Jangan angkuh sangat..

Nanti didi sharekan preparation didi ye..


didiazahar