Thursday, September 11, 2014

Rangkaian Barang Berpantang

Welcome to 33 week didi.
Fuhh..rasa sangat nervous pulak.
mudah-mudahan selamat semuanya, AMIN!

sebagai persiapan menuju ke proses berpantang, didi ada survey sikit pasal set berpantang
dari beberapa brand.
Mesti la ramai tahu pasal Tanamera & Nona Roguy,kan.
Survey punye survey, didi nekad beli barang-barang berpantang dari Tanamera.
Kenapa bukan Nona Roguy? sebab didi dah nekad nak menyusukan baby didi nanti.
So, didi tak berani nak ambil jamu bagai takut nanti baby kena jaundis pulak.
Kesian baby didi.
So, sementara ni didi pakai luaran sahaja la.
Barang-barang dari Tanamera memang banyak untuk luaran.
Didi beli dalam loose pack je, sebab ada yang didi rasa tak berapa berkenan nak pakai
beli yang perlu,jangan nak membazir duit sangat tau
duit nak bersalin & lepas bersalin banyak nak guna
Kena la berjimat cermat.

Ni antara barang yang didi beli:-




Beg kertas dari Tanamera
 
 
 
 


Ini lah semua barang-barang yang di shopping :)





Herbal Massage Oil - RM 33
Didi dah try sapu kat tangan.
Bau die best jugai.
Nama pun herbal tapi tak la panas sangat





Microwaveable Herbal Compress - RM49 
 
Bahasa pasarnya, ini la tungku moden.
tak tau la ok ke tak.nnt lepas bersalin dah guna baru boleh review ok ke tak
senang sikit beli yang macam ni, sumbat dalam microwave je.kikikiki...
 
 
 




Boreh Body Scrub - RM46

 
Body scrup ni didi dah try sikit.
Bau herba memang kuat,rasa mcm dah start berpantang pulak.hehehe...
saje je test tengok ok ke tak.
mintak-mintak didi konsisten lah pakai benda ni.
tapi memang best, kulit badan rasa smooth je lepas pakai






Herbal Bath - RM26.50 
 yang ni kene tunggu berpantang, tak boleh la nak gatal-gatal pakai
sebab belum waktunya.
mandi air panas lagi best :P
Herbal bath ni didi last minute beli, sebab rasa macam perlu jugak lah berpantang pakai
air daun bagai
 
 
Brown Formulation Soap - RM15.00



Sabun ni memang best.
bau die bau herbal, kuat pulak tu.
sungguh syiokkkk
 
 
 
OK korang, didi masih survey untuk set Shaklee set menyusu pulak.
InsyaAllah, nak beli mana yang perlu untuk boost milk
Demi Baby tercinta...hehe
 

Wednesday, August 27, 2014

Buku Pink di Klinik Kesihatan


Macam mana nak buat buku pink kat klinik kesihatan?

 

Ramai ibu-ibu mengandung di luar sana yang masih blur pasal register untuk
pertama kali di klinik kesihatan.

Untuk pengetahuan mommy-to-be yang 1st time mengandung,
anda yang memang plan nak bersalin di
hospital kerajaan atau 50-50% nak bersalin
kat gov ke private boleh la buat buku pink tu seawal 2 bulan.

Kalau tak silap didi la. Pengalaman didi sendiri,
didi dah confirmkan dulu dekat
klinik swasta & scan baby,
baru la didi pergi register kt klinik kesihatan.

First time pergi klinik kesihatn, time tu tengah morning sickness yang teruk.
Didi datangg klinik dalam pukul 10am,
terus tanyaa kat nurse nak buat buku
untuk first time. Nanti nurse mintak IC lepas tu kene tunggu dia free
untuk ambil information kite. Ambil masa jugak nurse nak tulis buku pink tu.
Kat klinik kesihatan jenjarom taka da la mintak sijil kahwin ke,
bill electric ke, tp in case apa2 jadi, bawak je la siap2..
nanti taka da la nak membazir masa pergi 2,3x klinik.
Habis cuti tu kang. Ingat ye, kalau first time nak buat buku,
kene buat kat area rumah korang. Kalau tak sure, kene call dulu.
Tapi the following check up boleh je nak tumpang mana-mana
klinik yang dekat dengan office. Sbb nak tunggu kan lama sangat,
nnt taka da la bazir masa atas jalan. Macam didi, office kat kelana jaya,
tapi rumah daerah jenjarom, didi ttp pergi klinik jenjarom sbb malas nak
pergi byk2 klinik kesihatan.
lagi pn kat jenjarom cepat sikit.

Lepas siap nurse ambil info kite, korang kena terus pergi timbang, ambil blood pressure
& ambil darah. Nanti bawak darah tu pergi lab and ambil urine test kat lab.
Kena layan diri ye,
tinggalkan buku pink dalam bekas yang tersedia--> ambil cawan kertas,
tulis number yang nurse lekat kt buku pink,
pergi toilet lepas tu hantar cawan tu balik kt lab.
Tunggu la nnt result keluar nanti.
Lepas dah siap bawak buku pink kat bilik rawatan.
Macam klinik tempat didi, bilik rawatan berbeza mengikut nama jalan.
Ada 3 bilik rawatan.
Nanti letak buku pink ikut nama jalan masing-masing ye.
Tunggu la nurse panggil.
Nnt nurse akan interview kite lepas tu kalau perlu,
dia akan refer kita kat doctor untuk rawatan selanjut nya.

 

 

Sekian

 

Monday, August 25, 2014

Pengalaman 1st check up di UKM specialist centre


 

Sebelum ni didi memang check up 2 tempat, di kelana jaya medical centre (kjmc) & klinik kesihatan
Didi pergi private hospital awal-awal sebab didi ada problem kulit tiba-tiba gatal masa early pregnancy
Mungkin sebab mak didi ada enzema, tu yang didi kena juga
Sakit gatal-gatal teramat sangat lebih kurang 2 bulan.Banyak kali la didi mc sebab tak tahan nak menggaru
So far, benda macam tu tak mengganggu kandungan didi kata DR Fatima.
Dr Fatima mmg soft spoken and caring orangnya.
Kita ni first time pregnant & ada history cyst masa before kahwin mmg la cuak sikit kan..kikiki
Alhamdulillah sampai 5 bulan didi consult dengan Dr Fatima. Lepas tu didi tukar ke UKM specialist Centre (UKMSC) sebab kat sana attach dengan PPUKM. Kalau ada emergency ke at least, facility semua lengkap. PPUKM kan semi gov hospital. Cost bersalin pun murah lah sikit dari fully private.
Sebab tak berapa nak kaya sangat, didi pefer la pergi UKMSC. Lagipun UKMSC kan pakar.hehe

Kat klinik kesihatan pulak didi mmg follow schedule dorang. Didi pergi KK Jenjarom.
Just nak dapatkan record government in case ada emergency didi pun boleh refer Hospital Sungai Buloh ke, Hospital Putrajaya ke. Bukan tamak haloba ye, tapi sebagai langkah berjaga-jaga untuk first timer jadi mummy ni.. Banyak sangat plan dalam kepala, sebab tak ada pengalaman bersalin,kn? Hehehe

 

 

Mari baca story 1st check up kt UKMSC

 

Didi call terus UKMSC General Line : 03-9172 6064 / 7326 masa bulan jun 2014 untuk first appointment. Lepas tu kaunter bagi date 22 aug 2014 untuk jumpa Dr Aqmar. Masa tu Dr Aqmar Suraya je gynae perempuan yang available. Kalau korang nak tahu, kene buat appointment dulu before jumpa gynae. Jangan main terjah pulak ye. Sekurang-kurangnya 3 kali kena jumpa Dr. iaitu usia kandungan sekurang-kurangnya 7 bulan. Kalau dah lambat memang la tak dapat ye.

Didi sampai UKMSC dalam pukul 830am,sempatlah makan dulu. Lagipun cousin didi temankan kami yang tak tahu jalan nak p level UKMSC ni. Tak familiar sgt banggunan ppukm. Padahal kat level 7 je.

Sampai je level 7, mimi cakap mana semua orang?sunyi je level 7 ni. Hahaha
Memang berbeza dengan level lain.senyap je orang-orang kt level 7 ni. Good-good…
Baru la tenang sikit perasaan nak bersalin nanti, InsyaAllah.

Dah register kat kaunter, nurse suruh buat urine test. Kena layan diri sikit la.
Ambil bekas urine yang bersih lepas tu bagi kat bilik lab
Lepastu nurse akan settle kan semua. Sambil tu dia check BP & cek berat didi
Settle je semua tu, kena tunggu kt depan bilik Dr Aqmar

Walaupun appointment didi pukul 9 tapi sebabkan didi lambat register,kena la tunggu lama sikit.
1st come 1st serve.
Dalam pukul 11am baru dapat jumpa Dr. fuhh..lama jugak rupanya.

Tapi next check up didi akan tukar Dr. sebab Dr Aqmar akan cuti lama sampai next year
So,didi mintak transfer ke Dr. Amelia sbb kalau dengan Dr. Amelia boleh jumpa petang Jumaat.
Tak perlulah didi nak cuti 1 day, cuti halfday je lepastu boleh balik rumah terus. Yey!

Didi share dengan korang bill 1st time check up dengan UKMSc
Didi request ubat Obimin Pluz sebab ada fish oil yang mana elok untuk otak baby dalam kandungan lagi
Tapi didi memang ada problem sikit makan obimin pluz ni.sebab lapas makan ubat ni mesti muntah..membuak2 angin dalam badan keluar. Dr aqmar ckp kene la tahan kalau nak ubat yg 2 in 1.
Dulu kt Kjmc didi dapat nex obimin & fish oil brand medvea. mahal sangat ubat dia sampai RM 70 ++
Pengsan makkkk...
Masa 1st time check up ni, kena bayar registration fees. Jangan pulak korang terkejut tengok bill hampir RM 300 pulak.hehe





 

 

 

Clinic Hours

Monday to Friday : 8.00 am - 5.00 pm

Saturday : 8.00 am - 1.00 pm

Senarai barang Baby


Jom tengok preparation mummy-to-be ni..hehe..

ni version didi tau..

ada je tak lengkap lagi especially macam barang2 yang besar lagi mahal..hehe

didi nak save duit dulu untuk deliver punya cost

nanti lepas baby keluar baru plan pergi beli laju-laju..

ok baby,jangan merajuk tau! hehe


Alhamdulillah

Alhamdulillah..

Ku panjatkan kesyukuran kepada-Mu Ya Allah di atas rezeki yang tak ternilai ini.

Alhamdulillah,
Didi dah masuk 3rd trimester atau lebih detailnya 30 weeks of pregnancy
Didi dan husband memang tak pernah nak plan-plan anak lepas setahun dua kahwin ke, kitorang memang selalu sangat berdoa kalau boleh nak rezeki anak tu cepat-cepat..
Didi memang suka budak-budak. Lagi-lagi dengan anak buah didi. Memang didi manjakan dia sangat-sangat.
tak ada langsung istilah budak-budak ni menyusahkan atau membebankan.
Didi percaya, kalau kita fikir pasangan baru berkahwin ni perlukan masa untuk stabil dari segi kewangan baru boleh mengandung, semua tu silap besar.
Rezeki ada di mana-mana..
lagi-lagi rezeki anak, insyaAllah, Allah pasti tolong hamba-Nya
Jangan lah terlintas dalam fikiran korang nak tolak-tolak rezeki Allah, sebab banyak cerita yang didi dengar, bila kita nak sangat anak,time tu usaha lah macam2, memang susah nak dapat.
Jangan angkuh sangat..

Nanti didi sharekan preparation didi ye..


didiazahar

Monday, June 2, 2014

Review Make Up Artist Sue Cantik

Seperti post yang terdahulu, didi pernah inform yang didi dah booked dengan Sue Cantik.
Mari review makeup artist terkenal dengan fully book ni.
before kak sue datnag, abang wan akan follow up dulu and akan bagitau bila diorang akan datang.
Memang punctual pun kak Sue & abg Wan.
tau2 je dah sampai bilik pengantin.hehehe.. Good!
Kak Sue mmg banyak cerita, macam-macam la kitorang cerita.hilang sikit nervous nak bersanding makkk..hahaha...
Didi tak sempat nak prepare makanan ke minuman ke since didi stayed kt homestay and before 12pm kena pulang kunci.so, didi bg hadiah choc Patchi & ferero rocher je.sorry ye kak sue & abg wan.
Ni hasil nya daripada Sue cantik :-



 

 
 


memang lasting makeup kak sue. part paling didi takut iaitu rambut and lipstick.
Tapi rambut maintain je tak serabut langsung. very strong hold gitu.
lipstick warna fushia yang cantik sangat and langsung xfaded tau.
terkejut jugak, mmg lasting.
makeup base langsung xbercapuk ke putih cam tepung komak.
semua okay.
mmg recommended dengan hasil Sue Cantik!
boleh la korang book dengan kak sue untuk kelihatan lebih jelita..
kak sue sangat berpengalaman dalam bidang ni.
so, dia akan bagi banyak advise masa nak naik pelamin. Thanks kak sue!


didiazahar

Dress with Prada Lace Part 2

Wedding dress mengunakan prada lace bukan nya benda baru..
ramai yang dah start padankan prada lace dengan chiffon untuk wedding dress yang menarik dan untuk mengurangkan berat dress, didi jadikan prada lace untuk aksesori tambahan baju sanding didi.
so, tak de la rasa berat nanang sangat baju didi..hahaha.. image kalau dari atas sampai hujung pakai prada lace, mahu menyembah bumi nak mengangkat baju..hehe..
mari tengok hasil wedding dress didi.. yang beadings and tampal lace, didi buat sendiri.veil pun buat sendiri.
just baju je didi hantar tailor weddings galore jahitkan.
Murah rasanya. RM 300 untuk 1 dress dengan lining.
So, inilah hasil wedding dress saya.
gigih menjahit lace & beads bagai..
Alhamdulillah,siap jugak untuk dipakai.
Proud bride :)
 

 
 
 
 
 
 
harap dapat membantu b2b di luar sana ye..
sama jugak, wedding dress ni didi hantar dekat tailor weddings galore,Bangi.
tapi tailor tu dah pindah kajang dah..
 
 
thanks readers!
xoxo
 
didiazahar
 

Ijab & Qabul Part 4


Macam terbiar je lately ni.
kahwin pun dah dekat 6 bulan.
mari didi share nikah dress didi.
ambil dari OP..

 
 
 
 
didi dapat news, tailor dress didi ni dia dah tak bond dengan Weddings galore,Bangi.
Dia dah pindah kedai dah.tapi korang boleh contact tailor ni terus 017-6840092.
Diorang dah pindah ke Kajang.
Alhamdulillah, so far mmg sangat puas hati dengan workmanship diorang.
Untuk jahitan baju la.
Beadings didi tak pernah ada experience.
harap-harap dapat bantu b2b kat luar sana yang tak ada bajet besar untuk buat baju nikah & sanding.
nak hire designer,rasanya macam membazir je.
 
 
 
happy readings!
xoxo
didiazahar

Tuesday, February 4, 2014

Ijab & Qabul Part 3

Cerita catering time nikah... Dulu didi pernah ambil katering dari One Lazeez Catering. Makanan memang sedap dan harga sangat berpatutan.kak liza ni orang kajang tapi dia still ambil order kalau event kat KL pn.tapi dia ada extra charge,murah je la.masa nikah didi, package RM 6. dapat nasi putih, ayam masak merah, dalca, air sirap dan buah.siap dengan pinggan dan cawan.didi ambil untuk 100pax.sangat berpatutan la. sebab food memang sedap.didi lega sangat sebab kak liza ni bisnes dengan jujur. makanan dah ready siap-siap before majlis start. bayangkan semua dah set up time didi sampai. tetamu pun tak ada la kena tunggu makanan.sbb majlis didi start awal pagi, pukul 1030pagi semua dah siap sedia.majlis didi kan dekat dalam dewan masjid saidina al-khattab,KL, nasib baik semua mengikut perancangan.Alhamdulillah. nnt didi review pasal dewan nikah pulak ye.lepas akad nikah settle didi ada makan juga.tp happy sangat sampai kurang selera makan,tapi lepas sampai je rumah, mmg kelaparan ya amat. bedal makan ayam masak merah dia memang mantap.sebab didi sangat selective kalau lauk kenduri ni, tapi lauk dari katering ni mmg sedap. sorry ye,didi tak ada gambar makanan pun.tapi boleh contact kak liza, 012-6733786

Ijab & Qabul Part 2

inilah makeup nikah oleh kak Amy Zalini. suka time wajah tp lipstick patutnya didi touch up lagi.sebab lama2 lipstick dah xnampak.too natural xsesuai kot. nampak muka didi pale.lepas tu lama pulak nk sampai ke masjid.haha..tapi yang bagus kak amy dia sangat komited tau.very sharp sampai rumah untuk makeup.pukul 630pagi dah sampai.nasib baik didi dah siap mandi.orang-orang dalam bilik semua kena bangun awal..kesian they all..hehe makeup kahwin mmg tak boleh dipisahkan dengan ketebalan nya. yela, kalau too light nnt xnampak kahwin, tp lama2 untuk skin didi bedak dia breakout. so, xnampak flawless.tapi nasib baik majlis sekejap je. overall, sangat worth kalau bayar RM 300 ni. still nampak natural lagi bergaya

Ijab & Qabul Part 1

Hai Readers! lama menghilang kan? jangan marah didi ye.. rasa nya dah masa untuk review pasal wedding didi last month, iaitu bulan Jan 2014. cepat nye masa berlalu, tau-tau je dah jadi wife orang. agak janggal tapi sedang pura-pura cool gitu.hahaha.. sekarang didi review baju nikah didi ye. kan ada story dulu berfore kahwin pasal baju nikah didi. diditempah kat weddings galore, bangi. detailing semua didi buat sendiri untuk menjimatkan setiap wang ringgit didi.hahaha tapi serious sangat puas hati bila dah siap semua tu. Alhamdulillah, siap jugak :) mari didi tunjuk gambar before didi buat detailing :


selepas dah siap..sikit je boleh share :)





veil didi customade & detailing.. save cost kan? hehe

Monday, January 13, 2014

Counting!

Wah..lama nya didi tak post kat blog. bz sikit dengan wedding preparation. so, harini lastday kerja before my longgg leave will be started! berdebo nya didi!hehehehe Didi baru je pulang dari cameron highland semalam, sebab teman family didi ambil strawberry jam kt sana. didi pn order from Alice Kok Lim Farm.. Nak tau harga dia? RM 2.20 each w/o delivery charges. kalau korang nak dia hantar kena tambah la dalam RM 150 tapi sebab family didi nak round2 cameron sambil berhibur, tu la kami pergi ambil sendiri. nnt didi upload gambar strawberry jam.. tapi didi puas hati sebab dapat beli roses untuk hantaran and dapat makan durian fresh dari hutan! best giler..walaupun rasa macam kerja gila, tapi sumpah mmg syok! ada lagi 5 hari before didi jadi wife..doa kan yang terbaik ye :) xoxo!